Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Segala puji bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami kejalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat, para tabiin, para Syuhada serta ulama’ sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggalkan kita.
Saban hari saya mengamati setiap perkembangan yang berlaku dalam politik melalui laman web dan membaca bahan-bahan yang hebat menonjolkan isu-isu panas terkini.
Walaupun saya bukan tergolong didalam orang-orang yang hebat berpolitik namun sedikit sebanyak perkembangan terkini rasanya saya terpalit sama dan terpanggil untuk sama-sama meluahkan rasa dan memberi pandangan di ruagan ini. Maaf…. Selain dari bukan ahli politik, saya juga bukanlah sasterawan atau penulis yang hebat berbicara, jadi saya memohon maaf kiranya bicara saya nanti adalah keterlaluan dari kaca mata sesetengah masyarakat umum.
Dua puluh lima tahun saya bersama UMNO, sebuah parti yang dianggap keramat oleh sesetengah orang Melayu, yang kononya memperjuangkan nasib agama, bangsa, dan Negara. Pengabdian diri selama itu adalah sesuatu pengalaman yang paling berharga walaupun tidak dinilai oleh orang lain tapi amat bermakna dalam hidup saya kerana telah dapat membuat rumusan dan ditimbang diatas neraca kehidupan ini. Perjuangan UMNO yang diasaskan adalah untuk memelihara ketuanan Melayu dibumi tercinta ini, akhirnya telah bertukar irama. Melayu semakin hari semakin terpinggir dalam ekonominya, Pendidikan bukan lagi agenda utama untuk memartabatkan bangsa, begitu juga dengan agama yang semakin dilihat sebagai perkara enteng.
Kerakusan pemimpin untuk berkuasa dan membolot harta sama ada strata atau stratun menjadi agenda utama mereka. Persetankan dengan perjuangan membela nasib Agama, Bangsa dan Negara. Kekuasaan dalam UMNO dilihat sebagai memiliki lombong emas. Siapa yang berkuasa mereka berhak untuk memilikinya. Maka berlakulah suatu perebutan yang cukup hebat. Nilai budi dan bahasa dicampak jauh agar tidak menjadi penghalang untuk memenuhi hasrat dan nafsu mereka.
Disini saya mengamati dengan penuh keinsafan , dimana lagi tempat yang boleh kita bergantung harap kiranya parti yang terbina diatas keringat, airmata dan harta benda orang Melayu telah menjadi tempat pemimpin mereka menindas, merompak dan membohongi rakyat demi untuk mereka dan kaum kerabat mereka.
Lalu saya membuat keputusan untuk menyertai PAS ( Parti Islam SeMalaysia). Parti yang dipimpin Ulama’, dimana perinsip perjuangannya yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis, dan juga parti yang ditubuhkan untuk memberi keadilan kepada semua. Parti yang langsung tidak membezakan warna kulit dan bahasa percakapan kerana ianya dilayan sama rata, asalkan dia Islam.
Pilihanraya 2004 nasib PAS Kelantan umpama telur dihujung tanduk. Gerakan UMNO untuk memerintah begitu memuncak ditambah dengan kehadiran PM baru iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pas memperolehi 23 kerusi dan BN mendapat 21 kerusi. Pas memerintah dengan majoriti mudah iaitu dengan perbezaan 2 kerusi. Takdir Allah S. W.T mengusik tidur Pas apabila Adun Pengkalan Pasir iaitu Allahyarham Abd. Aziz dijemput menghadap Allah S.W.T dan pilihanraya kecil diadakan.
Pada pilihanraya kecil inilah saya terkejut besar bila mana bekas Setiausaha Perhubungan UMNO negeri Kelantan iaitu Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim telah memainkan peranan menghentam UMNO tanpa berselindung lagi bagi memberi sokongan moral kepada YB Dato’ Paduka Ibrahim Ali, kini ahli Parlimen Pasir Mas bertanding diatas tiket Pas.
Keputusannya BN menang dengan majoriti cukup sedikit. Amat memalukan bilamana BN mengerah seluruh jentera dari seluruh negara dan berkampung di Pengkalan Pasir bagi melanyak Pas.Tinggallah Pas 23 kerusi Dun dan BN 22.
Selepas kegagalan Pas memepertahankan kerusi Dun Pengkalan Pasir, UMNO Kelantan naik angin. Mereka mencanangkan seolah-olah BN akan menguasai Dewan Undangan negeri Kelantan pada pilihanraya ke-12. Ada pimpinan tertinggi Pas Pusat terasa bahangnya bilamana dikaitkan sebagai pakar strategi yang tersungkur di Pengkalan Pasir. Bahkan kekalutan dan kesugulan Pas di masa itu terubat apabila Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim bersama W. Mohd Fuad Abd. Rahman, Ibrahim Mamat dan Asri Ali mengisytiharkan diri menyertai perjuangan Pas di Padang Perdana, Kota Bharu. Mereka berempat melakar sejarah dalam perjuangan parti kerana sanggup berdepan dengan pelbagai cemuhan demi untuk maruah diri sebenar…
Bertolak dari situlah bermula satu reformasi politik bilamana saban hari ada saja kubu UMNO dirobohkan dan ahli-ahli UMNO menolak parti yang mereka sertai sekian lama. Diikuti seterusnya oleh Husin Mat, Manaf Abdullah dan Pok Ku Mat yang semuanya adalah AJK UMNO Ketereh dimana ketuanya adalah Datuk Panglima Annuar Musa iaitu Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.
Saya mengamati perkembangan penghijrahan ahli UMNO kepada Pas dengan cara yang amat bangga. Apabila dihalusi perjuangan Pas yang begitu mengagungkan Islam sebagai Ad-Din, dan menyeru seluruh ahlinya mengamalkan agama, serta mengelak kemungkaran menyebabkan saya juga mengikuti jejak Dato’ Ahmad Rusli menyertai Pas. Pada pandangan saya , orang seperti Dato’ Ahmad Rusli yang telah mempunyai jawatan didalam UMNO pun sanggup tinggalkan UMNO demi untuk memperjuangkan kebenaran apalagi saya yang tidak memilikki apa-apa kepentingan di dalam UMNO!!!
Sangkakan panas sampai ke petang kini gerimis ditengah hari, pilihanraya Umum ke-12 telah selesai, Pas mencatat kemenangan selesa dengan mendapat 39 kerusi, hanya tewas 2 kerusi yang diwakili Pas iaitu Bukit Bunga dan Kok Lanas. Allah S.W.T Maha Berkuasa, kerusi yang disandang oleh Annuar Musa yang ditandingi oleh Dato’ Rusli tewas. Tapi bukan Annuar Musa yang menang, YB barunya adalah Dato’ Alwi Che Mat. Kerusi Kok Lanas adalah benteng terkuat UMNO Kelantan kerana sesiapa calon Pas yang bertanding disitu akan masuk dengan tangan kosong dan telah sedia menanti 3,800 pengundi pos yang sudah tentu pro kerajaan BN.!!!!!
Mengapa Annuar lari????
Jawapannya adalah kerana bila Dato’ Ahmad Rusli diamanahkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan untuk memikul amanah sebagai penyelia Dun Kok Lanas, Dato Li telah mengatur satu strategi yang berterusan untuk menggempur Dun berkenaan. Ianya banyak dibantu oleh adik bongsu dari UMNO yang menyertai Pas iaitu Al-Fadhil Ustaz Abd. Hamid Derani. Singa UMNO yang bertukar taring, dari taring biru ke taring hijau, saban waktu ceramah diatur bagi meranapkan kubu terkuat UMNO itu . Ustaz Hamid diberi kediaman kedua di Ketereh bagi merealisasikan impian Tok Guru untuk menumbangkan Datuk Annuar di Kok Lanas. Gerakan turut dibantu oleh Sdr.Manaf Abdullah dan al-Fadhil Ustaz Hamizan; yang bekerja tidak kenal erti jemu demi untuk memulangkan maruah Tok Guru yang tercalar di Dewan Undangan Negeri Kelantan gara-gara keceluparan bahasa Annuar Musa. Diwaktu ini, dimana kelibat Wan Ismail Wan Jusoh selaku ketua kawasan Pas Ketereh????
Asakan berterusan dari seluruh penyokong dan pendokong Pas menyebabkan Annuar membungkus pakaian dan tinggalkan Kok Lanas lalu bertukar angin ke Parlimen. Mulanya Dato’ Alwi keberatan untuk menerima Kok Lanas sebagai pusaka dari Annuar tapi akhirnya diterima meskipun dengan berat hati.
Misi pertama Dato’ Li telah selesai, Annuar telah lari. Kerusi Kok Lanas telah diganti. Walaupun Kok Lanas dimenangi oleh BN, namun yang mewakilinya sudah tentu bukan Annuar!. Maruah Tok Guru telah selamat, siapakah yang membasuh arang dimuka tok Guru?
Sewaktu pimpinan Pas Kelantan mencari gu lawan yang sesuai untuk berdepan dengan Panglima UMNO di Kok lanas , Mengapa semua yang ada membisu? Takutkah mereka? atau kerana masih cuba menghitung berapa banyak habuan yang dapat kiranya Pas masih memerintah? !!
Setelah pilihanraya selesai ada perjumpaan diantara pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat dengan pimpinan Pas Negeri. Dalam perbincangan tersebut ada disebutkan supaya jawatan speaker dikurniakan kepada Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim kerana mengenangkan jasanya terhadap Pas. Perbincangan tersebut bukan suatu rahsia lagi kerana mulut tempayang boleh ditutup, tapi ini mulut manusia!!
Sembang kedai kopi sebagai medan politik kampung di seluruh negeri begitu hangat dan ianya menjadi tajuk yang cukup popular. Orang-orang kampung iaitu ahli-ahli Pas dan penyokong Pas begitu terharu atas keperihatinan YB Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang, Presiden Pas yang telah melihat ketokohan dan jasa Dato Li yang perlu diberi perhatian.
Bukan setakat perbincangan sahaja, pimpianan Tertinggi Pas peringkat Pusat telah bermesyuarat dengan Jawatankuasa Dewan Pas Pusat dan memutuskan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan diberi kepada Dato’ Li. Surat daripada Setiausaha Pas Pusat telah difaks ke Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan untuk diambil tindakan. Tapi sebenarnya ada pakatan jahat pemimpin tertentu untuk merubah keputusan ini.
Tapi khabar indah bagi pengikut UMNO yang menyertai Pas hanya seketika. Ada pemimpin Pas peringkat negeri terlalu licik mengatur strategi. Mereka berpendapat kalau dibiarkan akar Dato’ Li disemai di pokok rendang ini sudah pasti ianya akan menjalar hingga kepucuk. Kalau sudah menjalar amat sukar untuk dikerat, kalau dikerat juga mungkin akan dirasuk oleh penunggu Bunut. Oleh yang demikian baiklah usah dipilih baka sebegini. Kerana hasrat beberapa kerat pemimpin , tidak susah untuk dianalisa. Orang tidak reti politik seperti saya pun tahu melihat gelagat dan gerak kerja 4 – 5 orang pemimpin tersebut.
Yang paling menghairankan saya, dan membuat saya amat keliru, apakah selama ini pemimpin Pas yang ada di negeri begitu bodoh sehingga terlupa untuk membezakan arahan pemimpin pusat dan negeri.? Atau apakah mereka hanya beretorik sewaktu mentarbiyah ahli bawahan supaya patuh kepada pemimpin sedangkan dalam waktu yang sama mereka menolak arahan yang datang dari peringkat tertinggi parti??.
Kalau benarlah ini yang terjadi, sebenarnya Pas lebih hipokrit dari UMNO. Jangan gunakan sekerat kain untuk melindungi sekujur tubuh, tarik ke atas ternampak kaki yang hodoh dan tarik ke bawah ternampak senyum yang terpaksa.
Islam agama suci, juga agama yang menekankan sifat Thoharah, Ikhbab, Adallah dan Samahah. Suci diri dan hati serta jiwa dalam segalanya, bertimbang rasa, adil dan ehsan adalah teras dalam perinsip beragama. Jangan jadikan parti seperti baju yang berlainan warna, sedangkan hakikat sebenarnya badan sama berkurap!!.
Blog MSO- Tinta Merah, dijadikan medan untuk merubah suasana dan MSO sendiri bertanggungjawab membuat cadangan jawatan speaker kepada YB Ustaz Nasarudin Daud (Adun Meranti) dan YB Wan Ismail Wan Jusoh ( Adun Melor). Desas-desus ini telah berlarutan sehingga Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan iaitu YB Datuk Takiyuddin Hassan membuat pengesahan perlantikan Ustaz Nasaruddin sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Apakah agenda politik mereka? mungkin adakah orang-orang tertentu yang berada dibelakang mereka? hanya Allah sahaja yang maha mengetahui, jangan rosakkan susu sebelanga dengan setitik nila. Tunggullah akan tiba pada hari kebangkitan kerana “Setiap amal kebaikan akan dibalas meskipun sebesar zarah dan setiap amal kejahatan akan dibalas meskipun sebesar zarah”
Yang pastinya kalau itu yang terjadi, fatwa Hadi di Panggung Peradong yang mengkafirkan UMNO dan menjadi pegangan seluruh ahli Pas maka pada hari ini air liur YB Tuan Guru Hj Hadi sudah tidak semasin dulu lagi, kerana ada impian dan cita-cita besar suku sakat ular lidi yang tamak ingin menelan bapak selar!!!!!!!!!!!!!
“Cicit Tok Merah”